Diari
Kitafund

5 tahun Kitafund Bersama
#OrangPrihatin & Penerima Bantuan

Selamat Ulang Tahun Ke-5, Kitafund!

Surat daripada Pengarah Kitafund

Tiap satu jiwa yang dibantu adalah hasil kebaikan yang dihulurkan oleh tangan-tangan ajaib para penyumbang yang sentiasa berbesar hati untuk saling berkongsi dan berbuat kebaikan. Mewakili Kitafund, saya dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih buat semua #OrangPrihatin yang menyumbang daripada serata dunia.

Semoga kebaikan yang dilakukan akan berterusan, kerana kita tak akan pernah tahu kebaikan yang manakah adalah jalan pintas ke syurga. Teruskan menyokong platform kami, dan kami akan memastikan setiap dana anda disalurkan dengan amanah dan telus. Terima kasih.

Laporan Kebaikan #OrangPrihatin
Tangan magik anda mengubah dunia menjadi lebih baik

  • 2019

    RM994,579.92

    Dana disalurkan

    443

    Kempen dibantu

    36228

    Penyumbang Dermawan

  • 2020

    RM5,875,437.38

    Dana disalurkan

    618

    Kempen dibantu

    87549

    Penyumbang Dermawan

  • 2021

    RM5,972,616.17

    Dana disalurkan

    931

    Kempen dibantu

    84692

    Penyumbang Dermawan

  • 2022

    RM3,049,201.12

    Dana disalurkan

    841

    Kempen dibantu

    26271

    Penyumbang Dermawan

  • 2023

    RM6,178,306.05

    Dana disalurkan

    1642

    Kempen dibantu

    144571

    Penyumbang Dermawan

Wajah Di Sebalik Kitafund

"Bukan mudah untuk mendapatkan sumbangan bagi setiap kempen, tapi setiap kali membaca kisah dan cerita mereka yang memerlukan sumbangan, kami selalu berasa bertanggungjawab untuk membantu. Melihat sumbangan yang diterima, memberi kesedaran kepada kami untuk terus menyebarkan kebaikan kerana kami disokong oleh #OrangPrihatin seperti ANDA."
- Your Favourite Team, Kitafund

Warkah Kebaikan Buat Penyumbang

  • 1. Najwa

    Kisah Najwa:

    Menghidap Leukemia di umur 25 tahun, seluruh kehidupan Najwa ibarat lumpuh! Dia tidak lagi boleh bekerja di pejabat, hidupnya banyak dihabiskan ke hospital, berulang-kali untuk rawatan dan kemoterapi. Najwa perlukan sumbangan untuk keperluan dan rawatannya..

    Ucapan:

    "Terima kasih tak terhingga, sumbangan anda adalah asbab saya mampu bertahan hingga hari ini. Alhamdulillah, Dr dah pun sahkan yang kini saya bebas kanser, dan sekarang dalam tempoh untuk menaikkan semula sel darah baik. Sumbangan yang diberikan sangat memudahkan saya dan keluarga yang sangat terdesak saat itu."

  • 2. Aira

    Kisah Aira:

    Aira menghidap penyakit kulit yang kritikal, hanya kerana rupa, dirinya terpaksa mendengar bisikan-bisikan jahat yang menyakitkan telinga. Hidupnya sukar, merata tempat dia mencari kerja tapi tak diterima. Lalu, dia berbasikal keliling kampung, berjualan. Namun, dirinya tidak terlalu kuat untuk bekerja sebegitu, jadi Aira perlukan dana untuk membeli sebuah kabin dan motorsikal elektrik bagi memudahkan dirinya berniaga.

    Ucapan:

    "Terima kasih, bantuan anda banyak mengubah hidup saya. Alhamdulillah, saya dah ada kedai saya sendiri untuk berniaga dan basikal elektrik yang sangat memudahkan saya. Buat insan di luar sana yang seperti saya, teruskan berjuang. Jangan putus asa. Kalau anda mula rasa berputus asa, teruskan berjuang."

  • 3. Sakib

    Kisah Sakib:

    Menghidap kanser mata, tumor mula membengkak di matanya menyebabkan bebola matanya hampir terkeluar. Sel kansernya sangat ganas, wajahnya seolah 'pecah darah'. Sakib perlu jalani pembedahan dan kemoterapi, namun kosnya terlalu tinggi dan tak mampu ditanggung ayahnya.

    Ucapan:

    "Terima kasih kerana sudah membantu anak saya menjalani pembedahan. Tumor di matanya sudah berjaya dibuang, namun rawatan demi rawatan masih diperlukan untuk terus sembuh. Tanpa anda, kesembuhan Sakib adalah mustahil." - Puan Nurwahidah (Ibu Sakib) -

  • 4. Ali’ Amsyar

    Kisah Ali’ Amsyar:

    Kemalangan hingga menyebabkan hilang separuh badan, hidup Ali’ berubah 90 darjah! Walau bingung memikirkan masa depan, Ali’ ingin berusaha untuk bangkit. Ali memerlukan dana untuk membeli kren angkat pesakit, kerusi roda khas dan kos fisioterapi bagi membolehkannya berdikari semula

    Ucapan:

    "Terima kasih kepada semua penyumbang yang membantu, dana anda telah digunakan untuk membeli pelbagai peralatan yang dapat membantu saya untuk meneruskan kehidupan. Semoga Allah membalas jasa tuan dan puan."

  • 5. Baby Malique

    Kisah Baby Malique:

    Baru sahaja 2 minit dilahirkan, Baby Malique sesak nafas akibat jangkitan kuman di paru-paru kerana tertelan najis ketika dalam perut. Terpaksa ditidurkan buat sementara waktu, keadaan Baby Malique saat itu kritikal! Ayahnya terpaksa cagar motor demi bayar kos rawatan Baby Malique.

    Ucapan:

    "Saya ingin berterima kasih kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi rezeki untuk kesembuhan anak saya, dan sumbangan yang paling mahal kalian beri adalah doa yang baik buat anak saya. Alhamdulillah, Malique dan sihat sekarang." - Encik Khairul Baqi (Ayah Malique) -

Strategi Pengeluaran Dana Kitafund

  • 1. Permohonan pengeluaran dana oleh penerima mengikut keperluan

  • 2. Semakan dana dan keperluan penerima

  • 3. Proses pengeluaran dana dan kelulusan daripada pihak terlibat

  • 4. Pembayaran terus ke hospital/ pembekal/ penerima

  • 5. Penerima mengemukakan bukti/ resit penggunaan dana

  • 6. Pengeluaran seterusnya memerlukan resit dan bukti

Program Kitafund

Wakaf Quran KF

Abadikan nama orang tersayang di Al-Quran Wakaf, jom berwakaf dan kejar pahala berterusan!

KitaNeko

Perlukan wang tambahan untuk rawat kucing FIP anda? Dapatkan ganjaran program ini sekarang!

Z-Neration

Anda Gen-Z yang ingin berikan impak sosial yang positif dalam masyarakat? Sertai kami!

Fidyah @ KF

Tak berpuasa atas sebab tertentu? Langsaikan tanggungjawab hutang Fidyah anda segera!

Qurban @ KF

Masih belum ada bahagian Qurban? Ingin Qurban sambil beramal? Qurban di luar negara melalui Kitafund.

Zakat @ KF

Jangan tangguh kewajipan! Tunaikan rukun Islam ke-4 dengan membayar Zakat melalui Kitafund.

Kitafund Experience

Bersukan sambil beramal? Turun padang sertai program amal? Sertai kami untuk sama-sama memberi impak kepada komuniti!

CSR Kitafund

Ingin beri impak positif kepada komuniti untuk melaksanakan tanggungjawab korporat anda? Kami bersedia sebagai penggerak utama.

Kejutan Buat Anda Sempena 5 Tahun Kitafund!